KUALA LIPIS. 29 Julai 2022 – Asnaf di Kampung Kemahang Hilir, Tanjung Besar mendapat perhatian Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Lipis baru-baru ini.
Kunjungan MUIP Lipis ke kampung tersebut dilaksanakan dalam bentuk program Cakna Asnaf dan 20 asnaf telah dipilih dan dikenal pasti oleh JPKK kampung tersebut.
Pelbagai keadaan dan latar belakang asnaf yang dikunjungi pihak MUIP sehingga menyebabkan mereka tergolong dalam golongan asnaf.
Ketua Kampung,Kampung Kemahang Hilir meluahkan rasa berterima kasih di atas kunjungan dan gembira kerana memilih kampung beliau sebagai sasaran program,juga mengharapkan asnaf-asnaf di kampungnya dibantu dan dibela nasib mereka.