KUALA LIPIS. 22 Julai 2022 – Wakil penduduk Kampung Lubuk Muman,Pos Senderut meluahkan rasa gembira dan terima kasih kepada pihak Majlis Ugama Islam Pahang ( MUIP ) cawangan Lipis di atas pelaksanaan Kursus Pengurusan Jenzah di kampung mereka.
Kursus tersebut adalah kerjasama bersama pihak Pejabat Agama Islam Lipis, dan dibantu oleh Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA) daerah Lipis.
Sambutan yang baik yang diberikan oleh penduduk kampung di luar jangkaan pihak penganjur dan ini memberikan semangat kepada pihak MUIP melaksanakan sebarang program pada masa akan datang.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk kampung yang beragama islam tentang kaedah dan cara dalam menguruskan satu-satu kematian yang mana ia menjadi kewajipan kepada umat islam.