KUALA LIPIS. 29 Julai 2022 – Menjadi kewajipan pelajar menuntut ilmu hatta berusia sekalipun kerana ia menjadi tuntutan dalam agama.
Sekolah seterusnya yang menerima bantuan zakat pendidikan adalah Sekolah Menengah Agama Al-Itthihadiah,Rela,Kerambit.
Seramai 129 orang pelajar menerima zakat tersebut dengan jumlah RM 100 seorang dan penyerahan wang zakat tersebut diadakan di SMA Al-Ithhihadiah.
Semoga bantuan zakat ini dapat memberi galakkan dan semangat bagi para pelajar dalam menuntut ilmu dalam memenuhi kehendak agama.