MUADZAM SHAH. 27 Julai 2022 – Muadzam Shah, 27 Julai 2022 – Walau jauh sekalipun letaknya Kampung Orang Asli (KOA) Rantau Panjang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah tetap cakna penduduk masyarakat asli disana.
Program yang diberi nama Program Ziarah Cakna & Mesra Mahabbah Rehlah yang dihadiri oleh wakil Pejabat Agama Islam Daerah, Penggerak, PePIMA, dan sukarelawan ini bertujuan beramah mesra dan bertanya khabar penduduk KOA.
Turut dilawati oleh pihak MUIP adalah surau di kampung ini yang sentiasa dipenuhi oleh program-program keagamaan dan menjadi pusat berhimpun masyarakat asli beragama Islam.