MUADZAM SHAH. 04 Ogos 2022 – MUADZAM SHAH, 04 OGOS 2022 – Tiga keluarga yang dilanda musibah kehilangan harta benda sekelip mata apabila tempat tinggal mereka dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Desa Jati 1, Muadzam Shah.
Meskipun diuji dengan dugaan ini, namun mereka dilihat sangat tabah dan redha dengan ketentuan sebegini. Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah tampil menyampaikan wang zakat beserta set barangan keperluan asas kepada 3 buah keluarga mangsa.
Syukur juga kerana dalam kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 5 petang semalam, tidak melibatkan kehilangan nyawa. Kehilangan harta masih boleh diganti, namun jika kehilangan nyawa, tidak dapat lagi diganti semula.
Keseluruhan zakat yang diagihkan kepada semua mangsa ini adalah berjumlah RM4,500.00 yang telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah, MUIP Cawangan Muadzam Shah. Penyampaian zakat itu tadi turut disaksikan oleh Ketua Kampung, Encik Mazhisham bin Mazlan.