TEMERLOH. 21 Jun 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh telah menyerahkan bantuan peralatan kepada Persatuan Orang orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia ( PERTIS) Temerloh di Rumah Ilmu Pertis di Kg Mambang Berulang Mentakab pada pagi Selasa.

Peralatan yang di sumbangkan pihak Muip kepada PERTIS berupa 30 set katil dan tilam serta kerusi meja belajar yang mana jumlah bantuan peralatan tersebut Rm 16 850.00.

Penyerahan telah di sampaikan oleh Pengurus Muip Cawangan Daerah Temerloh kepada En Bakri selaku Pengerusi PERTIS Pahang. Bantuan peralatan tersebut bertujuan memudahkan urusan pengajian Ilmu ahli ahli PERTIS Pahang.

#CaknaAsnaf #PertisPahang #MuipCawanganTemerloh #BaitulmalPahang #TerimakasihPembayarZakat