MUADZAM SHAH. 21 Jun 2022 – MUADZAM SHAH, 21 Jun 2022 – Pengurus Cawangan Daerah (PCD), pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah telah menerima permohonan bagi mengesahkan ejaan jawi.
Pengesahan ejaan tersebut terus dilaksanakan setelah disemak oleh PCD selaku salah seorang Munsyi Dewan Jawi Negeri Pahang, khususnya di Daerah Rompin.
Semoga penulisan jawi terus dimartabatkan agar generasi masa hadapan dapat meneruskan kaedah penulisan jawi yang tepat kerana apabila kita dapat membaca ejaan jawi, secara tidak langsung kita juga dapat membaca Al-Quran dengan baik.