TEMERLOH. 20 Jun 2022 – Encik Muhidin telah melafazkan kalimah syahadah yang mulia di Pejabat MUIP Cawangan Temerloh. Beliau telah diberi perkongsian ringkas oleh Pegawai Dakwah MUIP Temerloh mengenai Islam seterusnya disumbangkan kit ibadah bagi kemudahan ibadah beliau kelak.

Setinggi-tinggi syukur dirafa’kan ke hadrat ilahi atas pengislaman ini kerana dengan ini bertambah lagi penganut Islam di muka bumi Allah dan semoga beliau kekal dalam Islam hingga akhir hayat.

#CaknaAsnaf #CaknaDakwah #MuipCawTemerloh #BaitulmalPahang