KUALA LIPIS. 10 Jun 2022 – Selama dua hari Program Ziarah dan Ramah Mesra dilaksanakan di Kampung Orang Asli Bantal,Lipis dan kampung ini terletak selepas Kampung Kuala Serau.
Program ini melibatkan seramai 20 orang urusetia yang terdiri daripada Majlis Ugama Islam Pahang ( MUIP ) daerah Lipis,Raub dan Bera, Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli ( PEPIMA), Penggerak Masyarakat Orang Asli dan Jabatan Agama Islam Pahang.
Jumlah penduduk di kampung tersebut hanyalah sekitar 15 ketua keluarga dan kesemuanya beragama Kristian, walau bagaimanapun,kehadiran pihak penganjur dan urusetia mendapat sambutan yang baik.
Perjalanan ke kampung tersebut mengambil masa sekitar kurang satu jam dari Kampung Melayu Kuala Serau,dan keadaan jalan ke kampung tersebut agak sedikit mencabar namun dapat diteruskan dengan selamat.