BERA. 02 Jun 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Bera telah membuat lawatan tapak serta pemantauan bina baru rumah asnaf bagi melihat keadaan semasa dan status pembinaan rumah yang melibatkan 4 buah rumah, 1 di Kampung Tok Langit, 1 di Kampung Kuala Triang dan 2 di Kampung Kuala Bera.

Menurut Pengurus Cawangan Daerah MUIP Bera, lawatan ke tapak pembinaan ini adalah rutin biasa bagi pihak MUIP untuk memastikan pembinaan rumah asnaf berjalan dengan lancar serta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Diharapkan kerja-kerja pembinaan ini berjalan seperti yang dirancang serta dapat diserahkan segera kepada asnaf yang terlibat.

#muipprihatin
#caknaasnaf
#terimakasihpembayarzakat