KUALA LIPIS. 02 Jun 2022 – Lintar pintas yang menjadi punca kepada kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bukit Betong,Lipis telah memusnahkan hampir keseluruhan rumah milik saudara Mohd Azli Ahamad,42 tahun.
Kejadian berlaku sekitar jam 8 malam,isnin baru-baru ini, bermula dari ruang tamu rumah dan ketika itu mangsa berada di rumah bersama keluarga.
Majlis Ugama Islam Pahang ( MUIP ) daerah Lipis, hadir memberi sumbangan kepada mangsa berupa wang tunai yang disampaikan oleh Pembantu Hal Ehwal Islam MUIP daerah Lipis,saudara Yuswari Mahabu.
Mangsa juga menerima sumbangan dari YH Dato Hafizi Ibrahim selaku Pegawai Daerah Lipis, JKM serta APM daerah Lipis.
Saudara Azli Ahamad mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan dan beliau dan keluarga ketika ini menetap sementara di rumah ibu beliau di kampung yang sama.