MUADZAM SHAH. 01 Jun 2022 – MUADZAM SHAH, 01 Jun 2022 – Syukur Alhamdulillah, hari ini Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah dengan kerjasama pihak Masjid Al-Hidayah, pihak Pejabat Felda Keratong 7 serta penduduk setempat dapat menziarahi 49 buah rumah asnaf.
Turut serta bersama dengan MUIP Cawangan Muadzam Shah dalam Program Cakna Asnaf kali ini adalah wakil dari MUIP Cawangan Rompin, Bera dan Pekan. Program sebegini bertujuan mengenalpasti golongan yang kurang berkemampuan untuk pihak MUIP bantu mereka agar mereka dapat keluar dari belenggu kemiskinan.
Pihak MUIP sedaya upaya akan mengagihkan zakat kepada 8 golongan asnaf yang selayaknya iaitu golongan fakir, golongan miskin, Amil, Muallaf, riqab, gharimin, fi sabilillah dan ibnu sabil.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang sama-sama membantu bagi memastikan program ini berjalan lancar, teratur dan berjaya, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda semua. Semoga usaha kita untuk membantu masyarakat yang memerlukan seperti ini, diberkati dan beroleh rahmah disisi Allah S.W.T.