BERA. 31 Mei 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menyampaikan bantuan peralatan kepada 2 orang asnaf disekitar Kg. Guai dan Kg. Jelam.

Penerima pertama, En Othaman Bin Ismail yang tinggal di Kg. Guai. Beliau menerima peralatan berupa 1 unit flour mixer b10, 1 unit mesin kelapa, 1 unit innofood heavy duty serta 1 unit s/steel dapur 2 tungku eco dengan kos keseluruhan sebanyak RM 3,150.00 sahaja.

Beliau telahpun menjalankan perniagaan hanya dari rumah dengan membuat pelbagai jenis kuih muih serta menerima tempahan secara atas talian dan juga menghantar ke kedai-kedai serta sekolah yang berhampiran dengan rumah.

Penerima kedua pula, En Aizam Nor Bin Ishak yang tinggal di Kg. Jelam. Beliau menerima peralatan berupa 6 unit meja, 24 unit kerusi, 1 unit mesin ABC serta 1 unit s/steel grease trap system dengan kos keseluruhan sebanyak RM 4,800.00 sahaja.

Sebelum ini beliau berniaga di sekitar Temerloh. Disebabkan Covid 19 melanda Negara serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau terpaksa menutup perniagaan serta pulang ke kampung.

Beliau kini, bangkit semula dengan membina sendiri sebuah warung berhadapan dengan rumah beliau. Dengan adanya peralatan tersebut, dapatlah beliau memulakan semua perniagaan yang sudah sekian lama terhenti.

#muipbera
#caknaasnaf
#terimakasihpembayarzakatpahang