KUALA LIPIS. 17 Mei 2022 – Laman Qaseh menjadi lokasi sambutan aidilfitri 2022 bersama saudara baharu atau muallaf, yang terdiri daripada bangsa cina, dan india.
Dihadiri sekitar 80 orang tetamu muallaf menyambut aidilfitri bersama keluarga serta beberapa tetamu jemputan VIP.
Bermula jam 10.30 pagi,dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Yuswari selaku Pembantu Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) daerah Lipis kemudian diteruskan pula dengan ucapan aluan dan perasmian oleh saudara Aliuddin Abdul Halim selaku Pengurus MUIP daerah Lipis.
Seterusnya acara sumbangan penghargaan kepada pelajar-pelajar kelas fardu ain, guru pengajar serta cabutan bertuah, dan diakhiri dengan jamuan aidilfitri.