BERA. 27 Mei 2022 – MUIP Cawangan Bera telah mengislamkan seorang lelaki keturunan Asli iaitu Syarizal Bin Hazizan di Pejabat MUIP Cawangan Bera.

Beliau menyatakan hasrat ingin memeluk agama Islam sepenuh hati dan mendapat keizinan dari ibubapa untuk memeluk agama Islam.

Apabila ditanya kenapa ingin memeluk agama Islam? Katanya saya berkawan dengan kawan-kawan beragama Islam sejak darjah 3 lagi dan tertarik kepada Islam. Untuk makluman, beliau akan menngambil subjek pendidikan Islam SPM pada tahun ini.

Moga beliau dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang Allah Swt dalam melayari kehidupan serta melaksankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

#MUIPBera
#IslamItuIndah
#RahmatUntukSemua