BERA. 26 Mei 2022 – MUIP Cawangan Bera dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Bera telah menganjurkan Jamuan Hari Raya di Perkampungan Orang Asli Lubuk Tambagan, Bera.

Seawal 5.30 petang kelihatan penduduk setempat mula hadir ke jamuan tersebut sehingga 8.00 malam. Kanak- Kanak yang hadir menerima duit raya yang disampaikan oleh Ust Abdul Halim Bin Chik selaku Pengurus MUIP Cawangan Bera.

Selain itu, Ibu bapa yang hadir turut menerima bantal sumbangan individu yang disampaikan oleh Ust Fahizie Bin Che Lah selaku Penyelaras Penggerak Jakim Zon Timur.

Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini, dapat merapatkan hubungan penduduk setempat yang beragama Islam dan yang tidak beragama Islam.

#MuipBera
#PenggerakJakim
#PePIMA