BERA. 25 Mei 2022 – MUIP Cawangan Bera dengan kerjasama Pertubuhan Majlis Taklim Darul Hikmah telah menjayakan Majlis perasmian Kelas Saudara Baru anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Majlis dimulakan dengan bacaan Maulid yang dipimpin oleh Habib Syed Mohd Al Faqeh Muqaddam B. Syed Mohamad Albakir bersama para pelajar Pondok Tok Mengkarak.

Seterusnya, majlis diteruskan pula dengan acara perasmian oleh Hj Sh. Firdaus b. Sh Othman, Ketua Unit Pembangunan Modal Insan dari MUIP HQ. Pihak MUIP juga turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM 18 600 kepada pihak Majlis Taklim Darul Hikmah untuk pembelian peralatan dan keperluan pusat pengajian Majlis Taklim Darul Hikmah & Kelas Saudara Baru.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada semua tetamu yang hadir bagi menjayakan Majlis Perasmian Kelas Saudara Baru & Jamuan Hari Raya.

#MuipBera
#UPMI
#MajlisTaklimDarulHikmah