TEMERLOH. 29 Mei 2022 – Setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi dipanjatkan, majlis sambutan hari raya bersama saudara baru muslim selain asli daerah Temerloh berjaya dilaksanakan dengan meriah.

Sambutan ini merakamkan majlis menjamu selera juadah hari raya buat seluruh saudara baru muslim yang mengikuti kelas bimbingan fardhu ain dan juga saudara baru yang baru memeluk Islam.

Di samping itu, majlis disambut diselangi juga dengan sesi ucapan alu-aluan oleh Pengurus MUIP Cawangan Temerloh dan penyerahan hamper hari raya kepada saudara baru.

Selain itu, terima kasih diucapkan kepada Mudir Yayasan Al-Fateh, Ustaz Fairuz Hisham Bin Nordin kerana menghulurkan kerjasama bagi menjayakan majlis ini. Oleh itu, majlis ini menjadi satu jalan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bersama golongan saudara baru agar mereka lebih cinta akan Islam.

Justeru itu, sebesar-besar syukur atas nikmat dan aura syawal yang masih lagi menjelang kerana dengan nikmat pemberian Allah SWT inilah dapat dirasai bersama bahawa Islam agama menyeru umatNya berkasih sayang.

#caknadakwah #kelasmuallafmuip #muipcawtemerloh #baitulmalpahang #terimakasihpembayarzakat