ROMPIN. 25 Mei 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin terus komited menyantuni Masyarakat Orang Asli di daerah ini dengan menganjurkan Program Ziarah Ramah Mesra dan Tarbiah Muallaf ke Kampung Orang Asli (KOA) Petoh.

Sebanyak 160 buah keluarga telah diziarahi dalam program kali ini, dan dari kesemua keluarga yang menghuni KOA berkenaan, 20 keluarga daripada mereka beragama Islam.

Antara pengisian yang dilakukan dalam program kali ini adalah slot Tarbiah Muallaf bersama dengan penduduk Muslim di Balai Adat KOA berkenaan serta ziarah ramah mesra dan dakwah santai dari rumah ke rumah penduduk KOA berkenaan.

Program ini juga turut disertai oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Daerah Rompin, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Rompin, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM Daerah Rompin, Guru Briged Dakwah MUIP Daerah Rompin, Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PEPIMA) Daerah Rompin, serta PERKIM Daerah Rompin.

Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak MUIP Cawangan Daerah Rompin dengan penduduk Islam di KOA ini khususnya, serta keseluruhan penduduk di KOA ini amnya.