KUALA LIPIS. 13 Mei 2022 – Sambutan yang menggalakkan dari penduduk orang asli Kampung Kuala Koyan menjadikan program sambutan aidilfitri meriah dan ceria.
Kehadiran sekitar 100 orang penduduk ke program aidilfitri anjuran Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Lipis sudah dijangka seperti sebelum ini.
Sambutan aidilfitri tersebut juga dihadiri guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Kuala Koyan, serta mantan Qadhi daerah Lipis, al-fadhil Abu Bakar b. Ismail juga selaku Pengerusi PERKIM cawangan Lipis.
Salah seorang penduduk berkata, kami bersyukur kerana pihak MUIP Lipis sudi mengadakan program sambutan aidifitri di kampung kami setelah dua tahun tidak dapat beraya bersama-sama seperti ini, juga berterima kasih kerana sudi memilih kampung kami sebagai lokasi program.