TEMERLOH. 10 Mei 2022 – Majlis Ugama Islam Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2022 yang diadakan di kampung orang asli penderas, kuala krau Temerloh.

Majlis ini diadakan di dewan orang ramai koa Penderas yang bermula seawal jam 10.00 pagi dan berakhir jam 2.00 Petang. Majlis dihadiri oleh semua penduduk kampung samada yang berugama islam dan yang bukan berugama Islam.

Pelbagai aneka juadah raya disediakan untuk para tetamu antaranya nasi minyak, mee kari, satay, lemang dan rendang, aiskrim, cendol, aneka minuman, kambing golek dan aneka kuih raya.

Hidangan disediakan berkonsepkan gerai tradisional melayu bagi menambah seri majlis yang dianjurkan. Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Muip, Ybrs Dr Haji Asmadi, YB Dato Sri Parlimen kuala krau, Pegawai pegawai Muip dan kakitangan Muip.

Majlis ini juga telah menyaksikan seramai 6 oranh dari 2 keluarga orang asli di kuala krau melafazkan dua kalimah syahadah yang telah dipimpin penyaksian syahadah oleh Dr. Haji Asmadi, Timbalan Ketua Pegawai eksekutif Muip, YB Dato Sri Parlimen Kuala Krau dan Pegawai Muip.

Majlis seperti ini wajar dilaksanakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan persaudaraan sesama saudara semuslim dan meraikan bersama kemeriahan Aidilfitri bersama masyrakat Islam di perkampungan orang asli.

Jutaan terima kasih kepada semua urusetia iaitu Muip Cawangan Temerloh, Penggerak dan Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli dan orang kampung yang bertungkus lumus membantu menjayakan Majlis rumah terbuka aidilfitri bagi tahun 1443 hijrah.

#caknadakwah #muiptemerloh #baitulmalpahang