TEMERLOH. 13 Mei 2022 – Dalam kegembiraan menyambut Syawal Eidul-fitri, hidayah Allah SWT tidak pernah berhenti turun kepada hamba pilihan-Nya.

Seorang belia berusia 24 tahun bangsa India telah kembali kepada agama fitrah pada 11 Syawal. Beliau memilih Abdullah Suriya sebagai nama Islamnya. Di samping itu, beliau baru sahaja berhijrah ke Temerloh selama 2 minggu dan juga tidak fasih berbahasa Melayu.

Namun begitu, pengislaman berjalan dengan baik. Syukur dipanjat kepada hadrat ilahi atas anugerah yang mulia ini.

MUIP Temerloh mendoakan agar saudara Suriya kekal sebagai Muslim hingga ke akhir hayat.

#caknaasnaf #caknadakwah #muiptemerloh #BaitulMalPahang