BERA. 12 Mei 2022 – Pasangan En Hasrizam Bin Jamri dan isteri, Pn Norfada terpaksa menjadikan sebuah pondok usang di Perkampungan Orang Asli Bongkok, dekat sini, sebagai tempat mereka sekeluarga berteduh kerana beliau baru sahaja berpindah ke Bera dari Kampung Paya Badak Temerloh Pahang. Tambahan pula pondok yang didirikan adalah bersebelahan dengan rumah ibu & bapa beliau. Isteri beliau telah memeluk Islam pada tahun 2021 dan telah didaftarkan di MUIP Cawangan Temerloh.

Tinjauan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera mendapati, pondok didiami sekeluarga ini begitu daif dengan keadaannya yang sempit beratapkan zink bocor dan tiada tandas.

Tindakan dari pihak MUIP Cawangan Bera, bantuan beras dan hamper makanan telah diserahkan serta mendapatkan maklumat diri dan keluarga beliau agar dapat disalurkan bantuan selanjutnya.

Turut hadir bersama, En Mohd Yuseri Bin Itam, Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) Cawangan Pahang serta merangkap Pengerusi Surau Taman Jati Bera Pahang.