MUADZAM SHAH. 12 Mei 2022 – Pembantu Hal Ehwal Islam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah pada hari ini menyantuni seorang pesakit buah pinggang di Felda Keratong 4.
Beliau bersama Pembantu Operasi MUIP Cawangan Muadzam Shah mengunjungi rumah Encik Shahir untuk mengetahui tahap kesihatan pesakit buah pinggang itu. Encik Shahir memaklumkan bahawa beliau menjalani rawatan dialisis 3 kali dalam satu minggu.
Pihak MUIP bersimpati dengan nasib beliau dan akan membantu bagi meringankan beban yang ditanggungnya. Sebelum pulang, pihak MUIP menyerahkan set barangan keperluan memasak sebagai bantuan awal kepadanya.