MUADZAM SHAH. 10 Mei 2022 – Seorang wanita hadir ke pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah dengan tujuan yang sangat murni iaitu bagi mendaftarkan diri memeluk Agama Islam.
Beliau yang berasal dari Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Serok melafazkan dua kalimah syahadah dihadapan Penolong Pegawai Dakwah, Ustaz Muhammad Zulkifli. Satu set barangan keperluan ibadah diserahkan kepada beliau sebaik sahaja sesi pendaftaran selesai.
Semoga beliau sentiasa diberkati dan terus istiqamah memelihara Agama Islam yang dianutinya sekarang ini. Sesungguhnya Agama Islam adalah satu-satunya Agama yang benar, agama yang akan memimpin kita menuju ke Syurga di akhirat kelak.