MUADZAM SHAH. 10 Mei 2022 – MUADZAM SHAH, 10 Mei 2022 – Bukan mudah untuk menghadapi ujian kehilangan harta benda, hanya insan terpilih sahaja yang mampu melaluinya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
Puan Meriyam yang tinggal bersama seorang anaknya di Felda Keratong 7, Muadzam Shah, pada hari ini diuji dengan kebakaran tempal tinggal mereka yang mengakibatkan segala pakaian dan harta benda turut musnah. Mereka yang ketika itu sedang berada di bandar Muadzam Shah, bergegas pulang setelah dihubungi oleh jirannya memaklumkan bahawa berlakunya kebakaran tersebut.
Beberapa dokumen penting seperti geran rumah, sijil kelahiran, serta lesen memandu telah hangus sekelip mata. Walaubagaimanapun, mereka bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku ketika kebakaran.
Pengurus Cawangan Daerah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) beserta dua orang kakitangan MUIP Cawangan Muadzam Shah hadir menyampaikan wang zakat dan set barangan keperluan memasak kepada mangsa. Terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurus Felda Keratong 7 atas kerjasama yang diberikan.
Semoga Puan Meriyam redha dan tabah dengan ujian yang dihadapinya ini. Mudah-mudahan musibah yang beliau tempuhi ini, akan diganjari oleh Allah SWT dengan sesuatu yang lebih baik.