TEMERLOH. 29 April 2022 – Program berbuka puasa dan agihan bantuan tahunan hari raya di KOA Penderas merakamkan program yang begitu meriah kerana dihadiri seluruh keluarga Islam daripada 7 buah kampung sekitar Kuala Krau.

Majlis iftar ini dilaksanakan di Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) KOA Penderas Kuala Krau. Suasana begitu meriah apabila dapat berbuka bersama secara beramai-ramai antara MUIP Cawangan Temerloh dan penduduk kampung.

Iftar KOA Penderas dihiasi dengan solat fardhu maghrib dan isya’ secara berjemaah. Di samping itu juga, turut diberi pengisian ilmu oleh Pegawai Dakwah MUIP Temerloh berkenaan rohani dan penghayatan ibadah sepanjang bulan Ramadhan menjelang.

Tambahan pula, diadakan juga penyerahan hadiah kuiz dan cabutan bertuah kepada penduduk bertuah sebagai tanda penghargaan kepada penduduk dan meraikan mereka dapat hadir program anjuran MUIP Cawangan.

Program ini berakhir dengan agihan bantuan tahunan hari raya kepada para penerima iaitu kepada penerima KOA Seboi, Paya Mendoi, Penderas, Pasu, Lubuk Wong, Pian, dan Kuala Terbol. Alhamdulillah selesai diagihkan dengan jayanya kepada kategori Muallaf dan Fakir Miskin hasil saringan kelayakan permohonan mereka. Justeru itu juga, harapan diletakkan pada program sebegini moga dapat dijalankan lagi pada masa akan dating agar hubungan silaturahim antara penduduk kampung dan agensi Islam sentiasa teguh serta mendapat keberkatan Allah SWT.

#caknadakwah #caknaasnaf #muipcawtemerloh #BaitulMalPahang #terimakasihpembayarzakat