ROMPIN. 29 April 2022 – Menuju ke penghujung bulan Ramadhan yang mulia, Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)  Cawangan Daerah Rompin telah menyaksikan seorang saudara baharu yang berasal dari Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Serdang telah diberi Taufiq dan Hidayah oleh Allah S.W.T untuk memilih Islam sebagai  agama dan pegangan hidupnya.

Beliau telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan Pegawai Dakwah MUIP Cawangan Daerah Rompin, dan telah diberi penerangan berkenaan dengan Islam oleh pegawai berkenaan.

Saudara baharu ini juga akan diberi bimbingan oleh Guru Briged Dakwah MUIP Daerah Rompin yang dilantik di KOA berkenaan, serta diletakkan dibawah pengawasan bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM Daerah Rompin serta Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PePIMA) Daerah Rompin.

Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada saudara baharu ini untuk terus mendalami dan menghayati serta kekal berpegang dengan ajaran Islam sehingga ke akhir hayat beliau.