ROMPIN. 28 April 2022 – Pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyantuni seorang pesakit Parkinson terlantar, Puan Safiah Awang, 64 di kediamannya di Kampung Bahagia.

Suami kepada Puan Safiah, Encik Aminuddin Ali, 61 yang sebelum ini bekerja sendiri dengan melakukan kerja-kerja kampung dan mengambil upah memotong rumput, kini tidak lagi dapat bekerja kerana beliau perlu menguruskan isterinya secara sepenuh masa, sekaligus mengakibatkan pendapatan beliau terjejas.

Pasangan berkenaan kini hanya bergantung sepenuhnya kepada sedikit sumbangan anak yang hanya bekerja sederhana bagi meneruskan kehidupan.

Bantuan selayaknya akan diusahakan bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh Encik Aminuddin dan isteri beliau iaitu Puan Safiah.

Semoga Allah S.W.T memberikan ketabahan dan kesabaran kepada pasangan berkenaan di atas ujian yang menimpa dan menggantikan ujian mereka dengan nikmat yang lebih baik.