TEMERLOH. 26 April 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengagihkan Bantuan Tahunan Hari Raya Muallaf dan Fakir Miskin orang asli di Perkampungan orang asli dalam daerah Temerloh.

Seramai 101 orang penerima bntuan tahunan muallaf melibatkan agihan zakat berjumlah Rm 37 100.00, manakala bantuan tahunan fakir miskin muallaf seramai 99 orang penerima berjumlah RM 48 000.00

Para penerima mengucapkan ucapan terima kasih
atas bantuan yang serba sedikit dapat memenuhi keperluan mereka sempena aidilfitri bakal menjelang dalam beberapa hari lagi.

Pihak MUIP Temerloh berbesar hati dapat mengagihkan bantuan ini demi kegembiraan bersama bakal menyambut Hari Raya Eidul-Fitri.

#CaknaAsnaf #CaknaAsnaf #MuipTemerloh #Baitulmalpahang