TEMERLOH. 26 April 2022 – Program berbuka puasa bersama penduduk Islam Kampung Orang Asli Sg Enggang Lanchang telah merakamkan majlis yang penuh meriah apabila dapat meraikan bersama-sama nikmat berbuka puasa bersama seluruh penduduk Islam di kampung tersebut.

Kemudahan serta komitmen penduduk kampung yang begitu baik dapat memeriahkan sesi berbuka puasa secara berjemaah sehingga akhir program. Program berbuka puasa ini dimeriahkan dengan iftar, tazkirah ringkas, solat fardhu secara berjemaah dan agihan bantuan tahunan kepada para penerima.

Sebesar-besar penghargaan kepada agensi yang terlibat dan penduduk Islam kerana dapat memeriahkan majlis ini di samping dapat mengimarahkan Surau Nur Hidayah, Sg Enggang.

Justeru itu, moga dengan sedikit pengisian dan majlis ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah serta memantapkan rohani sebagai hamba Allah SWT. Justeru itu juga, dengan berbaki beberapa hari lagi Ramadhan sebelum menjelang Hari Raya Eidul-fitri.

#caknaasnaf #caknadakwah #muipcawtemerloh #baitulmalpahang