MUADZAM SHAH. 26 April 2022 – Satu sesi agihan zakat diadakan di Surau Kebenaran Jumaat (SKJ), Kampung Orang Asli (KOA), Bukit Serok. Wang zakat telah disempurnakan oleh Pengurus Cawangan Daerah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah.
Sebanyak RM15,800.00 diagihkan kepada penerima dari KOA Bukit Serok, KOA Tenggalong, dan muallaf yang tinggal di Keratong. Mereka yang menerimanya adalah dikalangan muallaf dan saudara muslim kategori miskin.
Serahan wang zakat ini bertujuan bagi membantu mereka untuk persediaan menyambut hari raya nanti. Permohonan zakat sentiasa terbuka tidak kira apa jua bangsa, asalkan individu yang beragama Islam.