MUADZAM SHAH. 26 April 2022 – Setelah selesai agihan zakat di Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Serok yang berjumlah RM15,800.00, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah meneruskan pula perjalanan ke KOA Inoi bagi mengagihkan zakat di Kampung tersebut.
Sebanyak RM4,900.00 telah diagihkan berupa wang tunai kepada 12 orang penerima di KOA Inoi. Semoga muallaf dan saudara muslim dapat meraikan hari raya dengan lebih bermakna selepas menerima wang zakat ini.
Sesi penyampaian telah dilakukan di TABIKA KEMAS kampung ini. Amil zakat fitrah turut memainkan peranannya bagi memudahkan urusan masyarakat orang asli menunaikan zakat di kampung masing-masing.