MUADZAM SHAH. 25 April 2022 – Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah ke rumah Encik Zainordin di Kampung Kota Bahagia pada hari ini untuk menziarahi isterinya yang merupakan pesakit buah pinggang,diabetis, dan darah tinggi.
Dalam sesi ziarah ini, pihak MUIP mendapati bahawa isteri Encik Zainordin ini memerlukan katil khas memandangkan pergerakannya sedikit terhad ketika ini. Sebelum pulang, pihak MUIP menyampaikan barangan keperluan asas kepada mereka sekeluarga bagi meringankan beban yang ditanggung. Semoga beliau segera disembuhkan dan beroleh kekuatan dalam menghadapi ujian tersebut.