MUADZAM SHAH. 25 April 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah ke Kampung Lubuk Batu, Muadzam Shah bagi menyantuni seorang pesakit jantung.
Encik Johar yang berusia 50 tahun bekerja sebagai pemandu lori, tinggal bersama isteri dan tiga orang anak. Beliau disahkan mengalami masalah jantung dan telah disarankan oleh pihak hospital agar melakukan kerja yang lebih ringan.
Dalam pertemuan ini, pihak MUIP menyampaikan barangan asas memasak sebagai bantuan awal. Untuk bantuan seterusnya, pihak MUIP akan meneliti lebih lanjut dalam usaha membantu beliau sekeluarga.