MUADZAM SHAH. 25 April 2022 – Sebuah surau yang terletak di Kampung Orang Asli (KOA) Kedaik yang telah diberi nama Surau Al-Hikmah, terus diimarahkan meskipun berlakunya masalah ketiadaan air.
Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah berbesar hati menaja makanan berbuka, moreh, dan apa jua keperluan kewangan bagi memastikan surau ini terus diimarahkan.
Turut hadir pada malam ini adalah Guru Briged Dakwah MUIP dan PePIMA kampung tersebut. Semoga syi’ar Islam terus dihidupkan di surau-surau di perkampungan asli seperti ini.