MUADZAM SHAH. 24 April 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah telah hadir ke Surau Kampung Orang Asli (KOA) Pelam bagi mengagihkan zakat sebanyak RM23,700.00 kepada 57 orang penerima.
Zakat ini diberikan kepada mereka yang masih dalam kategori muallaf dan kategori fakir ataupun miskin dari KOA Pelam, KOA Langkap Lama, KOA Air Molek, dan KOA Jubau. Ianya bertujuan untuk persediaan mereka dalam menyambut hari raya aidilfitri yang akan tiba pada 1 syawal nanti.
Turut hadir ketika penyampaian itu adalah Amil Zakat Fitrah yang ditugaskan untuk melaksanakan kutipan zakat fitrah di perkampungan asli Daerah Muadzam Shah.