MUADZAM SHAH. 23 April 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah menyerahkan 20 set barangan keperluan memasak di Kampung Kundang, Muadzam Shah.
Pemberian ini bertujuan agar dapat meringankan bebanan kepada golongan yang memerlukan. Serahan telah disampaikan oleh Penggerak Masyarakat Asli kampung tersebut.
Barangan yang diberikan ini termasuklah beras, minyak masak, sardin, dan lain-lain lagi. Sekiranya masih ada golongan yang memerlukannya, segeralah ke pejabat MUIP Cawangan Muadzam Shah untuk dibantu. Pihak MUIP sentiasa membuka ruang bagi sebarang permohonan zakat daripada mana-mana pihak yang terjejas, lebih-lebih lagi sewaktu wabak covid 19 yang melanda negara ketika ini.