BERA. 26 April 2022 – MUIP Cawangan Bera telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk orang Asli Koa Lubuk Tambangan.

Majlis bermula dengan berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, tazkirah yang disampaikan oleh Ust Jaafar Bin Maajis selaku Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA). Seterusnya solat isyak berjemaah.

Turut hadir bersama wakil Pejabat Agama Islam Daerah Bera dan Penggerak Jakim.

Dengan adanya aktiviti seperti ini dapat merapatkan hubungan sillaturrahim antara masyarakat asli dengan Muip Cawangan Bera.

#MuipBera
#KoaLubukTambangan
#IhyaRamadhan2022