BERA. 25 April 2022 – MUIP Cawangan Bera telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk orang Asli Koa Bongkok.

Majlis bermula dengan berbuka puasa, solat maghrib berjemaah, tazkirah yang disampaikan oleh Ust Mohamad Romiey Hamzah selaku Penggerak Jakim. Seterusnya solat isyak berjemaah.

Turut hadir bersama wakil Pejabat Agama Islam Daerah Bera dan Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA).

Dengan adanya aktiviti seperti ini dapat merapatkan hubungan mereka dengan Muip Cawangan Bera.

#MuipBera
#KoaBongkok
#IhyaRamadhan2022