KUALA LIPIS. 31 Mac 2022 – Pihak teknikal Ibu Pejabat Majlis Ugama Islam Pahang ( MUIP) bersetuju dan menyokong bagi cadangan bina baharu rumah bagi asnaf yang dicadangkan oleh MUIP cawangan Lipis.
Sebanyak empat buah rumah iaitu di Kampung Seberang Jelai,Kampung Lalang, Kampung Sungai Mun,dan Kampung Kuala Serau telah disyorkan, dengan mengikut dan memenuhi syarat asnaf yang telah ditetapkan.
Bantuan bina baharu rumah ini akan diusahakan secepat mungkin bagi membantu asnaf-asnaf memberi keselesaan dan keselamatan kepada mereka.