MUADZAM SHAH. 21 April 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah ke Kampung Orang Asli (KOA) RPS Buluh Nipis pada pagi ini bagi mengagihkan zakat kategori muallaf dan saudara muslim.
Sebanyak RM14,800.00 diagihkan zakat wang tunai kepada 35 penerima di KOA ini. Turut menyaksikan majlis serahan zakat itu tadi adalah PePIMA Basry dan Amil Zakat Fitrah iaitu Encik Hazlan yang juga merupakan Penggerak Masyarakat Orang Asli Kampung Mikang.
Serahan Zakat kategori bantuan menyambut hari raya ini telah berlangsung di Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) KOA Buluh Nipis. Pihak MUIP juga berkesempatan meninjau tahap kerosakan SKJ ini, dan memaklumkan kepada PePIMA Basry selaku Pengerusi SKJ agar menghantar borang permohonan baik pulih SKJ dengan kadar segera.