MUADZAM SHAH. 20 April 2022 – Seramai 35 orang amil zakat fitrah telah dilantik oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi Daerah Muadzam Shah pada tahun 2022 ini.
Tidak dinafikan, masih ada lagi individu yang hadir ke pejabat MUIP setelah berakhirnya tempoh menunaikan zakat fitrah atas alasan terlupa. Bagi mengelakkan situasi terlupa membayar zakat fitrah ini berulang kembali, segeralah menunaikannya di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Disamping kita melaksanakan salah satu dari rukun Islam, kita juga dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik. Semoga dengan berzakat, keluarga dan harta yang kita miliki bertambah berkat. Selamat menunaikan zakat fitrah dan selamat berpuasa kepada semua masyarakat beragama Islam.