MUADZAM SHAH. 21 April 2022 – Sebanyak RM6,000.00 dalam bentuk cek diserahkan kepada Pengerusi Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) Buluh Nipis untuk tujuan pengimarahan surau perkampungan asli ini sepanjang bulan ramadan.
Wang zakat ini juga diberikan kepada semua masjid kariah di Negeri Pahang dengan nilai yang sama dan untuk tujuan yang sama. Manakala masjid daerah pula menerima RM10,000.00 dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Pihak MUIP mengharapkan agar pentadbiran masjid dapat menguruskan dan memanfaatkan wang zakat ini dengan sebaik mungkin untuk mengimarahkan masjid dan SKJ di tempat masing-masing.