BERA. 20 April 2022 – MUIP Cawangan Bera telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk orang Asli Koa Pasal.

Majlis bermula dengan penyerahan bantuan hari raya muallaf dan saudara baharu. Seterusnya majlis berbuka puasa, solat maghrib berjemaah serta tazkirah yang disampaikan oleh Ust Muhammad Azli Bin Isa selaku Penggerak Jakim.

Selesai tazkirah, solat isyak dan solat terawikh berjemaah. Kemudian diakhiri pula dengan sedikit moreh yang disediakan oleh MUIP.

Turut hadir bersama, wakil Pejabat Agama Islam Daerah Bera dan Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA).

Dengan adanya program seumpama ini dapat mengeratkan sillaturrahim antara masyarakat orang asli dengan Muip Cawangan Bera.

#MuipBera
#KoaPasal
#IhyaRamadhan2022