MUADZAM SHAH. 17 April 2022 – Surau Al-Hikmah yang terletak di Kampung Orang Asli (KOA) RPS Kedaik turut menerima peruntukan dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi penyediaan makanan di bulan Ramadhan tahun ini.
Penduduk yang beragama Islam di Kampung Kedaik dijemput untuk mengimarahkan surau ini. Bermula dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib dan isyak berjemaah, diteruskan lagi dengan terawih yang dipimpin oleh Encik Hady yang merupakan Guru Briged Dakwah MUIP.
Semoga budaya menghidupkan surau khususnya di bulan Ramadhan yang melambangkan syiar Agama Islam berterusan di bumi ini, tanpa mengira apa jua bangsa kita. Teruskanlah memelihara agama Islam yang suci ini.