MUADZAM SHAH. 17 April 2022 – Seawal jam 6.45 petang, program ihya Ramadan dimulakan dengan kehadiran tetamu dan penduduk Muslim.
Selesai berbuka puasa pada jam 7.15 petang, semua jemputan menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah dan diikuti tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli, Ustaz Mohamad Hazlan.
Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan solat isyak dan terawih berjemaah di Surau Kampung Orang Asli (KOA) Mikang ini. Peruntukan bagi menyediakan makanan sepanjang program ini ditaja oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Yayasan Pahang.