MUADZAM SHAH. 16 April 2022 – Walaupun lokasi Surau yang terletak jauh di pedalaman, namun di Surau Kampung Orang Asli (KOA) Sawah Batu ini turut didirikan solat terawih.
Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah mengucapkan tahniah kepada Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA) Nor Hafizah, PePIMA Liza, dan bekas pelajar praktikal di pejabat MUIP Cawangan Muadzam Shah iaitu Cik Sarah kerana mampu menyusun dan mengatur perjalanan program ini.
Pihak MUIP juga berbesar hati menaja peruntukan bagi penyediaan makanan kepada semua jemaah yang hadir. Semoga surau ini terus diimarahkan tidak kira waktu siang mahupun malam.