MUADZAM SHAH. 16 April 2022 – Syabas diucapkan kepada Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA) Basry, PePIMA Rahid dan Encik Manan yang merupakan AJK Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) Buluh Nipis kerana mereka berjaya melaksanakan Program Ziarah Prihatin Ramadhan 1443H.
Dalam program ini, beberapa buah rumah penduduk di Kampung Orang Asli Buluh Nipis diziarahi dan disampaikan barangan makanan asas kepada warga emas. Aktiviti ziarah sebegini sangat dianjurkan dalam Agama Islam kerana kita dapat mengeratkan lagi hubungan tali persaudaraan walaupun berlainan agama.