TEMERLOH. 12 April 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengagihkan Bantuan Zakat Awal Pendidikan Sekolah Menengah Agama Majlis di Sekolah Menengah Agama Darul Naim, Kuala Krau Temerloh pada selasa.

Seramai 230 orang pelajar sekolah tersebut telah menerima bantuan zakat pendidikan yang melibatkan peruntukkan berjumlah RM 23, 000.00. Bantuan tersebut tekah disampaikan oleh Pegawai pegawai dari Muip Cawangan Temerloh dan Ibu pejabat MUIP serta Guru Besar sekolah.

Bantuan tersebut diagihkan bagi membantu pelajar menampung perbelanjaan persekolahan sekaligus dapat meringankan bebanan ibubapa dalam menguruskan perbelanjaan sekolah anak anak.
Semoga para pelajar dapat memanfaatkan bantuan kewangan tersebut dengan sebaiknya.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf #TerimakasihPembayarZakat